Sunday, July 10, 2011

::NOVEL - SAKA TOK MUN BY ZYRA SAFIYA::

AS SALAM, dearies :)


**ORIGINAL PRICE : RM17.90

**SELLING PRICE : RM15.00 (INCLUDING POSTAGE)

**AUTHOR : ZYRA SAFIYA (BUKU PRIMA)

**SYNOPSIS : CINTA itu misteri. Hadir tanpa dipinta & pergi tanpa direlai. Girang seorang gadis bila menemui cinta bertukar duka bila kasihnya disambar seseorang yang amat dipercayai.
HAZRINA & HARTINA adalah adik-beradik. Hubungan mereka sangat rapat dari kecil hinggalah meningkat dewasa. Namun kemesraan mereka tercalar apabila ZAHIDI, lelaki yang berjaya mencuri hati Hazrina telah beralih arah memilih Hartini.
Sejak merampas Zahidi dari tangan Hazrina, Hartini seolah2 dihantui oleh sesuatu dari masa lampau yang sering menemaninya.
Kekecewaan yang dialami Hazrina sering bertukar menjadi realiti & api kemarahannya boleh mengundang bala. Begitu juga dengan Zahidi yang mempermainkan cinta Hazrina. Hubungan cinta Zahidi & Hartini sering diganggu-gugat dengan perkara2 pelik. Bayangan seseorang sering mengganggu mereka ke mana sahaja mereka pergi.
SYAFIQ teman sebilik Zahidi cuba mengubati hati Hazrina yang dikecewakan itu namun tidak semudah itu untuk Hazrina menerimanya. Hazrina juga sering diganggu bayangan itu. Hanya NENEK ZAINAB mengetahui kisah itu namun dia tidak berani menceritakan kepada cucu2nya. Takut dia ditinggalkan seorang diri.
Pelbagai persoalan. Pelbagai ketentuan yang tidak dijangka yang bakal menyentap naluri pembaca. Gaya penulisan yang bersahaja, ada hati yang akan terkesan dengan kelukaan Hazrina. Ada hati yang akan meluat dengan kenakalan Hartina, namun pasti akan ada yang bersimpati. Bahagiakah Hartina? Terus menangiskah Hazrina? Berjayakah Syafiq menawan hati mulus Hazrina? Apa pula tindakan Nenek Zainab bila melihat kepincangan hubungan cucu2nya? Yang pasti apa hubungkait semua ini dengan TOK MUN?


p/s: Citer neh banyak yg unexpected & mampu wat owang tak ley tido sowang2 selama seminggu yea :)



Related Posts with Thumbnails